header

Persembahan

 

Kami menyediakan persembahan untuk pelbagai acara, seperti majlis korporat, konvokesyen dan perkahwinan. Dengan harga daripada serendah RM 1,600.00, Gahara Gangsa menawarkan persembahan ensembel gamelan Melayu; terdiri daripada enam orang pemuzik yang memainkan instrumen keromong, gambang, saron kecil, saron besar, gendang, kenong dan gong.

Persembahan merangkumi lagu-lagu tradisional gamelan warisan istana Pahang dan Terengganu, seperti Timang Burung, Lambang Sari, Perang Manggong, Ganda Melati, Anom, Tongkang Masuk, dan lagu-lagu rakyat seperti Lenggang Kangkong, Wau Bulan, Garong, Ikan Kekek, Dayung Sampan, serta lagu-lagu gubahan semula seperti Sukiyaki, Kampungku Jauh di Mata, Dikir Puteri.

Harga boleh dirunding berdasarkan tempoh persembahan, serta kemudahan lain yang ditawarkan oleh pihak penganjur seperti sajian/kupon/elaun makan, parkir kadar rata/percuma, publisiti, penajaan, dan sebagainya. Kami juga bersedia untuk menyesuaikan pakej persembahan mengikut bajet yang dikemukakan oleh pelanggan (customized package).

 

Contoh Pakej yang Ditawarkan


Pakej A   RM 1,600.00
Persembahan tidak melebihi 30 minit
Sesuai untuk menyambut ketibaan VIP atau tetamu khas, menyambut/mengiringi pengantin ke pelaminan, istiadat merenjis/menepung tawar, upacara perasmian/pelancaran dan seumpamanya
6 orang pemuzik gamelan
Diskaun sebanyak RM 100.00 diberikan sekiranya pihak penganjur menyediakan makan serta bayaran parkir.

Pakej B   RM 2,000.00
Persembahan tidak melebihi 1 jam
Sesuai untuk menyambut ketibaan para tetamu sebelum majlis bermula, upacara makan beradap, mengiringi acara jamuan makan dan seumpamanya
6 orang pemuzik gamelan
Diskaun sebanyak RM 100.00 diberikan sekiranya pihak penganjur menyediakan makan serta bayaran parkir.

Pakej C   RM 2,500.00
Persembahan tidak melebihi 2 jam
Sesuai untuk istiadat konvokesyen, majlis perkahwinan, majlis rasmi/korporat, mengiringi acara jamuan makan dan seumpamanya
6 orang pemuzik gamelan
Diskaun sebanyak RM 100.00 diberikan sekiranya pihak penganjur menyediakan makan serta bayaran parkir.

Persembahan Lalu

Sambutan Gala Raya Perodua
Sempena Ulang Tahun ke-20
24 Ogos 2013

Persembahan Lalu

Persembahan pada
Pertandingan Gamelan Melayu
Peringkat Kebangsaan
2011, Terengganu
oleh
Gahara Gangsa

(sebelum ini dikenali sebagai
Kumpulan Gamelan
Kuala Lumpur)